Monday 10 November 2008

IKHLAS WANITA TAKAFUL





Ikhlas Wanita Takaful (IWT)


OBJEKTIF PELAN

Ikhlas Wanita Takaful memberikan pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain dari pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui jumlah simpanan dan pelaburan terkumpul didalam Akaun Pelaburan Peserta sehingga tempoh sijil matang.



PILIHAN PELAN

Pelan
Jumlah Perlindungan
Kriteria Manfaat
Pelan A = RM50,000 Berserta Manfaat Kehamilan ***
Pelan B = RM100,000 Berserta Manfaat Kehamilan ***
Pelan C = RM50,000 Tanpa Manfaat Kehamilan
Pelan D = RM100,000 Tanpa Manfaat Kehamilan


MANFAAT PELAN
Disamping menyediakan manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh, Ikhlas Wanita Takaful ini juga menawarkan manfaat yang istimewa khusus untuk wanita.



LAIN-LAIN MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS WANITA TAKAFUL
Pengeluaran sebahagian dari Akaun Pelaburan peserta (PIA) dibenarkan - Sijil mestilah telah berkuat-kuasa sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun sebelum pengeluaran pertama dibuat, dimana hanya 3 kali pengeluaran sahaja dibenarkan dan jarak untuk setiap pengeluaran mestilah sekurang-kurangnya 2 tahun. Amaun maksima dibenarkan bagi setiap pengeluaran adalah 30% dari jumlah PIA yang terkumpul.

RIDERS/MANFAAT TAMBAHAN YANG BOLEH DISERTAKAN BERSAMA PELAN
Term Takaful
Critical illness
Accidental Death & Disability
Immediate death expenses
Hospital income benefit
Waiver of Contribution
Family Income Benefit
Top-up

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN IKHLAS WANITA TAKAFUL


Umur penyertaan - Umur minima adalah 16 tahun dan umur maksima adalah 50 tahun (umur hari lahir akan datang- UHAD).
Tempoh penyertaan - Sehingga peserta mencapai umur 65 tahun (UHAD).
Jumlah perlindungan Asas - Pelan A (RM50,000) & Pelan C (RM50,000) adalah had sepanjang hayat. Manakala Pelan B (RM100,000) & Pelan D (RM100,000) adalah had sepanjang hayat.
Sumbangan - Sumbangan minima (rujuk kepada illustrasi) dan sumbangan maksima tertakluk kepada keputusan pengunderaitan.


Note:
Ini bukan kontrak takaful dan syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci. Sila rujuk kepada kontrak didalam sijil Ikhlas Wanita Takaful untuk mendapatkan maklumat dan butir-butir pelan yang terperinci.

No comments: