Saturday 5 December 2009

Menemen: Ke Arah Pemakanan Halalan Thayyiban

Menemen: Ke Arah Pemakanan Halalan Thayyiban
Abu Saif | 02/12/2009 | 11:29 pm | 2,795 views | Print Print | Email Email

halalantayyiban-e

Sedap dan berkhasiat.

Susah sungguh untuk mendapatkan makanan yang seimbang pada kombinasi kedua unsur itu.

Sedap sering memudaratkan.

Berkhasiat tetapi membantutkan selera makan.

Usaha mengubah gaya hidup sihat di Malaysia yang dipromosikan sebagai syurga makanan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesukaran itu ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang melayan tetamu dengan makan, tanpa mengira masa.

Saya sedang berusaha untuk keluar dari belenggu itu, walaupun setiap kali saya membuka topik ini, komen akan pantas menjadikan diri saya sebagai liabiliti ke atas mesej yang saya bawa. Sindiran lebih mudah diterima berbanding kata perangsang.

Tidak mengapa, ubat memang pahit, walaupun tidak semua yang pahit bisa mengubat.

Setahun mempromosikan ISLAM SYARIATIK dan ISLAM SAINTIFIK di dalam kuliah, saya sering memberikan contoh makanan yang menepati kehendak Islam ialah makanan yang bukan sahaja HALALAN (Syariatik) malah THAYYIBAN (Saintifik).

16_114

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi BAIK, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata” [Al-Nahl 16: 114]

Saya tidak mahu tercicir daripada menghayati apa yang saya sampaikan.

Justeru banyak pengubahsuaian telah dibuat berkaitan pemakanan di rumah. Apa yang tinggal, adalah kawalan ke atas hajat-hajat di luar semasa berprogram.

Teh tarik sepekat dan semanis mungkin, sate, nasi kambing, kuih ketayap berinti kelapa manis, adalah di antara hidangan yang sering menjadi cara pihak penganjur menyatakan penghargaan kepada penceramah dan tetamu. Ia mungkin sesekala bagi penganjur, tetapi ia adalah cabaran harian buat penceramah yang setiap hari tugasannya adalah sama.

Saya cuba meyakinkan pihak surau, masjid khususnya di tempat yang saya mengajar tetap, untuk tidak teragak-agak mengecualikan saya daripada menu itu. Jika telah terhidang, saya sentuh sedikit seadanya dan jika dicadangkan untuk pergi makan selepas berkuliah, saya mohon izin untuk pulang awal.

Mungkin terlalu kecil signifikasi usaha saya ini ke arah peningkatan kesihatan diri. Tetapi saya bersungguh-sungguh mengusahakannya, selain pengubahsuaian cara hidup dan memaksa masa untuk senaman di celah keadaan hidup yang sungguh tidak sihat ini. Ada kemungkinan kebanyakan ustaz harus menyalahkan diri sendiri atas cara hidup yang tidak sihat. Namun usaha membuat perubahan diri amat tidak disokong oleh persekitaran yang sentiasa mahu menggembirakan para ustaz dengan MAKAN dan KENDURI.

Ada pihak yang marahkan saya, digesa bersyukur dengan kurniaan Allah dan kenangkanlah orang lain yang tidak banyak pilihan makanan dan kebuluran. Saya menginsafinya. Tetapi pihak tersebut perlu ingat, apabila seminggu saya tidak menjamah nasi dan makanan yang manis, khususnya di sebelah malam, tiba-tiba saya melanggar aturan itu, ia telah mengheret saya 2 minggu ke belakang usaha keras tersebut.

Berpatah balik itu sangat menjejaskan motivasi diri. Rasa bersalah itu sering menyebabkan saya menjadi pening dan akhirnya terpaksa memuntahkan kembali apa yang dimakan agar boleh tidur dengan tenang.

Sukar sekali.

Friday 27 February 2009

Tudung Fareeda





Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.


Bahkan, corak dan gaya tudung sememangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.


Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu. Ia memerlukan teknik supaya nampak bergaya.


Justeru itu, untuk tampil berbeza, tudung jenama FAREEDA bakal memberi ‘wajah baru’ kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.


Hasil kreativiti pemilik FAREEDA House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaannya bukan sahaja sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka.


‘‘Wanita perlu nampak berseri dan anggun walaupun bertudung. Justeru itu, saya turut menghiaskan tudung FAREEDA dengan hiasan seperti manik dan jahitan sulam yang pasti membuatkan tudung itu lebih elegan dan kontemporari bila dipakai.


‘‘Teknik pemakaiannya juga sungguh mudah. Pertama, pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di atas kepala, ambil turun tudung ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan,’’ kata Faridah.


Terdapat enam jenis tudung FAREEDA iaitu sama ada kain kosong, kain bercorak, bermanik, bersulam, berbiku dan berlapis dua yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea, Thailand dan Perancis. Jenis kain yang digunakan ialah seperti yokyo sifon, dope, dyed, opal dan organza.


Dari segi warna, hampir 32 warna yang boleh dipilih sama ada dari saiz S hinggalah ke XL.


Cara cuciannya cukup mudah, hanya rendam sekejap di dalam air, sudah boleh terus dijemur dan jangan sesekali memasukkan ke dalam mesin basuh kerana akan merosakkan kepala tudung.

Tuesday 11 November 2008

Insuran Haram di Dalam Islam?

Benarkah Insuran Haram di Dalam Islam?
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.
Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pembahagian insuran.
2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran
3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?
4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?
5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.

Sila buka lanjutnya di

http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf

Perbezaan insuran & Takaful

Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net//


Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru


Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

Takaful
1.Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. 2. Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
3. Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
4. Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
5. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
6. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Konvensional
1. Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan.
2.Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
3. Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
4. Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
5. Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
6.Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net//
17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007

Monday 10 November 2008

KERJAYA



Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia". (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain yang bermaksud: "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit". (Riwayat Ahmad)


Berdasarkan kepada 2 hadith diatas, dapatlah kita rumuskan bahawa kerjaya Usahawan Takaful ini adalah kerjaya yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. kerana kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa saling berkerja-sama, saling bertanggung-jawab dan saling lindung-melindungi diantara jiran tetangga dan ahli masyarakat yang berada didalam kesusahan dan kesempitan hidup.Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas adalah kerjaya yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan di akhirat. Mulakan langkah anda sekarang di sini !!!


Apa tugas dan peranan Usahawan Takaful?


Peranan dan tugas Usahawan Takaful adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan perlindungan kewangan takaful Ikhlas kepada semua anggota masyarakat samada mereka itu muslim atau tidak, supaya menyertai mana-mana skim Takaful Ikhlas yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan kewangan bakal peserta, contohnya skim simpanan untuk pendidikan tinggi anak, skim simpanan dan perlindungan untuk diri sendiri dan pasangan dan bermacam-macam lagi.


Apa kelayakan yang diperlukan?


Minima SPM (dengan lulus sekurang-kurangnya 5 subjek) dan mesti lulus Peperiksaan Pra-Kontrak yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia (PCE-MII) atau kelayakan berkaitan yang diiktiraf oleh Takaful Ikhlas.


Kelayakan bagi permohonan untuk jawatan Pengurus Unit (UM) dan Penolong Pengurus Unit (AUM), sila rujuk di laman "Perlantikan Terus (Direct Appointment)".


Mengapa pilih kerjaya ini?


Satu ibadah iaitu fardu kifayah dan merupakan salah satu dari cabang jihad kerana peranannya untuk menyebarkan atau mengembangkan muamalat Islam (insurans berteraskan syariah) kepada semua anggota masyarakat. Ia juga membantu merancang perlindungan kewangan pelanggan berlandaskan syariah.


Disamping itu, ia merupakan kerjaya mulia di dunia dan di akhirat dan industri ini mempunyai potensi yang amat besar dan semakin popular. Dengan menceburi bidang ini, Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda.


Bagaimana dengan potensi kerjaya atau industri ini di masa hadapan?

BNM Masterplan mensasarkan 20% penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia sebelum tahun 2010.

Sehingga hari ini, penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia baru 5%.
Kesedaran masyarakat melayu tentang keperluan perlindungan kewangan Islam semakin meningkat setiap hari.

Bermacam risalah telah diedarkan oleh BNM untuk memberi kesedaran tentang keperluan takaful kepada masyarakat.

Adakah perkara-perkara berikut merupakan impian hidup anda?

Memiliki apa sahaja yang ada impikan.
Mampu mengerjakan haji atau umrah setiap tahun atau bila-bila masa saja.
Mampu melancung ke mana-mana saja dan pada bila-bila masa.
Pembayar zakat yang terbilang.
Mampu menyumbang secara aktif kedalam tabung jihad/fisabilillah.
Mampu membiayai kos pendidikan agama dan akademik yang berkualiti tinggi dan professional untuk anak-anak, dan lain-lain lagi.


Jika jawapan anda adalah 'ya', ceburilah kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang. Inilah kerjaya atau industri yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan akhirat sepertimana yang dijelaskan diatas.


Hubungi 014-8482128 untuk keterangan lanjut.

IKHLAS WANITA TAKAFUL





Ikhlas Wanita Takaful (IWT)


OBJEKTIF PELAN

Ikhlas Wanita Takaful memberikan pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain dari pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui jumlah simpanan dan pelaburan terkumpul didalam Akaun Pelaburan Peserta sehingga tempoh sijil matang.



PILIHAN PELAN

Pelan
Jumlah Perlindungan
Kriteria Manfaat
Pelan A = RM50,000 Berserta Manfaat Kehamilan ***
Pelan B = RM100,000 Berserta Manfaat Kehamilan ***
Pelan C = RM50,000 Tanpa Manfaat Kehamilan
Pelan D = RM100,000 Tanpa Manfaat Kehamilan


MANFAAT PELAN
Disamping menyediakan manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh, Ikhlas Wanita Takaful ini juga menawarkan manfaat yang istimewa khusus untuk wanita.



LAIN-LAIN MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS WANITA TAKAFUL
Pengeluaran sebahagian dari Akaun Pelaburan peserta (PIA) dibenarkan - Sijil mestilah telah berkuat-kuasa sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun sebelum pengeluaran pertama dibuat, dimana hanya 3 kali pengeluaran sahaja dibenarkan dan jarak untuk setiap pengeluaran mestilah sekurang-kurangnya 2 tahun. Amaun maksima dibenarkan bagi setiap pengeluaran adalah 30% dari jumlah PIA yang terkumpul.

RIDERS/MANFAAT TAMBAHAN YANG BOLEH DISERTAKAN BERSAMA PELAN
Term Takaful
Critical illness
Accidental Death & Disability
Immediate death expenses
Hospital income benefit
Waiver of Contribution
Family Income Benefit
Top-up

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN IKHLAS WANITA TAKAFUL


Umur penyertaan - Umur minima adalah 16 tahun dan umur maksima adalah 50 tahun (umur hari lahir akan datang- UHAD).
Tempoh penyertaan - Sehingga peserta mencapai umur 65 tahun (UHAD).
Jumlah perlindungan Asas - Pelan A (RM50,000) & Pelan C (RM50,000) adalah had sepanjang hayat. Manakala Pelan B (RM100,000) & Pelan D (RM100,000) adalah had sepanjang hayat.
Sumbangan - Sumbangan minima (rujuk kepada illustrasi) dan sumbangan maksima tertakluk kepada keputusan pengunderaitan.


Note:
Ini bukan kontrak takaful dan syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci. Sila rujuk kepada kontrak didalam sijil Ikhlas Wanita Takaful untuk mendapatkan maklumat dan butir-butir pelan yang terperinci.

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC



Ikhlas Education Takaful Classic (IET Classic)- Kod 23


Ini merupakan pelan pendidikan tinggi anak yang berbentuk pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kewangan kepada anak yang menyertainya apabila ditimpa sebarang musibah atau dugaan dari Allah s.w.t di sepanjang tempoh penyertaan tersebut.
SYARAT PENYERTAAN

Umur Kemasukan anak : 30 hari hingga 12 tahun (umur akan datang)
Umur kemasukan pembayar : 20 tahun hingga 50 tahun (umur akan datang)
Tempoh Matang : umur 18 tahun sehingga umur 23 tahun (umur akan datang)
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 22 tahun
Sumbangan bulanan: Sumbangan minima bergantung pada umur peserta dan pembayar (anggaran kasar lebih-kurang RM80 sebulan) dan maksima tertakluk kepada keputusan pengunderaitan.

IET CLASSIC MENAWARKAN MANFAAT SEPERTI BERIKUT:
1 MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.
2 MANFAAT KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL- UNTUK ANAK
Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal terhadap peserta (anak) sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan yang diambil berserta jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi dan juga lebihan dari Dana Risiko akan dibayar kepada peserta atau waris peserta atau keluarga terdekat. Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.
3 MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL (40 JENIS PENYAKIT)- UNTUK ANAK
Apabila peserta (anak) disahkan mengidap salah satu daripada 40 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan didalam sijil, peserta akan dibayar jumlah perlindungan penyakit kritikal tersebut sekaligus (100%). Selepas pembayaran manfaat itu, sijil tersebut masih lagi berkuat-kuasa sehingga tempoh matang sijil dan manfaat-manfaat lain tidak akan terjejas dengan tuntutan yang telah dibuat itu.
4 MANFAAT PENGECUALIAN SUMBANGAN AKAN DATANG (ciri paling istimewa)
Sekiranya pembayar (pemilik sijil dan bukannya anak) disahkan mengidap salah satu dari 39 jenis penyakti kritikal yang disenaraikan didalam sijil atau hilang upaya penuh atau meninggal dunia sebelum tempoh sijil matang, kesemua sumbangan masa depan atau akan datang (sumbangan pelan asas dan juga termasuk semua sumbangan manfaat tambahan yang disertakan), dikecualikan sehingga tempoh matang sijil. Ini bermakna pembayar (pemilik sijil) tidak lagi perlu meneruskan bayaran atau sumbangan bulanan untuk pelan pendidikan ini sehingga tempoh matang sijil.Apabila tempoh sijil matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko ( Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu, sijil tersebut akan ditamatkan.
5 MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA AKIBAT KEMALANGAN-UNTUK ANAK
Andaikata peserta (anak) mengalami hilang upaya separa akibat kemalangan (contoh putus tangan sebelah, putus ibu jari kaki kiri dan sebagainya), manfaat hilang upaya separa akibat kemalangan akan dibayar berdasarkan tahap kecederaan sepertimana termaktub didalam jadual pampasan didalam sijil.
6 MANFAAT ELAUN HARIAN HOSPITAL- UNTUK ANAK
Sekiranya peserta (anak) dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 jam, maka peserta akan dibayar manfaat elaun harian hospital untuk satu hari kemasukan bermula dari hari pertama dan jumlah maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada 365 hari sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.
7 MANFAAT PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN- UNTUK ANAK
Apabila berlakunya kematian kepada peserta (anak), manfaat ini akan dibayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau wasi dalam tempoh 24 jam setelah dibuktikan dengan sijil kematian ataupun permiy pengebumian yang disahkan.
8 PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran sebahagian wang tunai boleh dilakukan sebanyak 50% daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) kali pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepangjang tempoh sijil, dengan jarak minimum diantara pengeluaran ialah dua (2) tahun.
9 ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua mata pelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minima 7A) dan SPM/STPM (minimum 7A).
10 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN DARI LHDN
Pelepasan dari cukai pendapatan diberikan oleh LHDN sehingga RM3,000 setahun